KOPERASI KOMUNITI MUSLIM JOHOR BERHAD

Antara objektif Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad (KKMJB):

  • Mencetuskan satu transformasi terhadap cara kerja dan pengurusan koperasi.
  • Meningkatkan ekonomi ahli khasnya & umat Islam amnya.
  • Menceburi dan mempelopori pelbagai bidang selain bidang tumpu KKMJB iaitu perkhidmatan.
  • Membantu para usahawan ( ahli ) menaiktaraf dan memperkembangkan perniagaan.
  • Menjalin kerjasama strategik bersama Korporat Usahawan Muslim baru dan sedia ada.
Read More …

Antara jalinan kerjasama yang sedang dan akan dijalankan ialah :

  • Pusat Dialisis Islam
  • Taska Muslim
  • Resort & hotel
  • Perbankan Syariah
  • Halal hab
  • Rangkaian IPT
Read More …

Kemudahan Ahli KKMJB

  • Peluang Badal Haji Dan Umrah Ziarah
  • Bantuan Kewangan ( Koperasi ~ SKM )
  • Bantuan Modal Insan . Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Perkhidmatan Profesional
  • Bantuan Pembangunan Tanah Secara Komersial
  • Perkhidmatan borong & peruncitan
  • Bantuan Talian Segera 24Jam
  • Perlindungan Insuran
  • Pembangunan ahli ( peluang kerjaya & pendidikan)
  • Peluang menambah pendapatan dari KKMJB
  • Peluang insentif saham & bonus serta komisyen
  • dan sebagainya...

    Read More …

    Sekiranya anda mempunyai  sebarang pertanyaan atau cadangan sila ajukan ke :

    KOPERASI KOMUNITI MUSLIM JOHOR BERHAD
    ( J-4-0854)
    No.6-01, Jalan Setia Tropika 1/29,
    Taman Setia Tropika, Kempas,
    81200 Johor Bahru,
    Johor Darul Ta'zim.
    H(+6) 019-7041993 / (+6) 012 785 2629
    E : koperasikomunitimuslim@gmail.com
    B : koperasikomunitimuslim.blogspot.com


    Pihak Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad (KKMJB) mengalu-alukan sebarang cadangan membina dari anda dalam memaju & memacu membentuk sebuah koperasi yang berdaya saing seiring dengan era modenisasi yang semakin mencabar.

    Sekiranya anda mempunyai idea kreatif dan inovatif yang bersesuaian dengan objektif pembangunan ekonomi ummah sepertimana yang didukung oleh KKMJB, anda boleh menghubungi kami dalam membentuk jalinan kerjasama yang mampu menghasilkan kejayaan.
    Read More …

    GALERI COOP FEST 2012 ( Zon Selatan ) | Galeri gambar sekitar penyertaan Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad ke festival COOP FEST 2012 ( Zon Selatan ), penyertaan koperasi bagi membawa misi memperkenalkan produk dan servis Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad.







    Read More …

    GALERI MIHAS 2012
    Galeri gambar sekitar lawatan Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad ke MIHAS 2012, kunjungan koperasi meninjau bukan sahaja membawa misi menjalinkan usahasama dengan usahawan yang ada malah mengenalpasti bidang-bidang baru khususnya dalam industri halal selaras dengan misi dan visi Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad.

    Kunjungan Wakil Koperasi komuniti muslim johor Berhad ke mihas 2012













    Misi wakil Wakil Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad pulang bersama berita gembira dari Mihas 2012 di KLCC. Persepakatan yang dimetrai bersama bagi mewujudkan situasi 'menang-menang' mampu memajukan lagi Wakil Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad selaras menjadi sebuah koperasi yang berdaya saing dan cepat maju dalam lapangan yang diceburi.
    Read More …

    Pengenalan KKMJB

    KOPERASI KOMUNITI MUSLIM JOHOR BERHAD ( KKMJB ) yang beribu pejabat di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor telah ditubuhkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan didaftarkan secara rasmi pada 17 Januari 2012. Secara rasmi penubuhannya bertujuan meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, berasaskan ukhwah dan tolong-menolong sesama Muslim dalam suasana muafakat dan kesefahaman bagi menempuh cabaran hidup dimasa hadapan.

    Jaringan ahli-ahli yang dipilih dari segenap pelusuk Negeri Johor ini pula diharap dapat merealisasikan dan memartabatkan ekonomi umat Islam ke tempat sewajarnya. Penglibatan golongan intelek dan profesional dalam KKMJB, juga diharap dapat menyumbang idea dan tenaga ke arah membentuk sebuah koperasi yang berdaya saing samada diperingkat nasional mahupun diperingkat antarabangsa, di samping turut membantu ummah dalam menangani hambatan masalah kedaifan dan kemiskinan umat Islam di pelbagai peringkat.



    Muatturun Profil KKMJB.
    Read More …