KOPERASI KOMUNITI MUSLIM JOHOR BERHAD

Pengenalan KKMJB

KOPERASI KOMUNITI MUSLIM JOHOR BERHAD ( KKMJB ) yang beribu pejabat di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor telah ditubuhkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan didaftarkan secara rasmi pada 17 Januari 2012. Secara rasmi penubuhannya bertujuan meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, berasaskan ukhwah dan tolong-menolong sesama Muslim dalam suasana muafakat dan kesefahaman bagi menempuh cabaran hidup dimasa hadapan.

Jaringan ahli-ahli yang dipilih dari segenap pelusuk Negeri Johor ini pula diharap dapat merealisasikan dan memartabatkan ekonomi umat Islam ke tempat sewajarnya. Penglibatan golongan intelek dan profesional dalam KKMJB, juga diharap dapat menyumbang idea dan tenaga ke arah membentuk sebuah koperasi yang berdaya saing samada diperingkat nasional mahupun diperingkat antarabangsa, di samping turut membantu ummah dalam menangani hambatan masalah kedaifan dan kemiskinan umat Islam di pelbagai peringkat.



Muatturun Profil KKMJB.

Categories:

One Response so far.

  1. Dapatkan Produk-produk Muslim di Koperasi Pengilang Halal Thoyibba Perak Berhad sekarang

Leave a Reply