PERKHIDMATAN
Diantara bidang tumpuan Koperasi Komuniti Muslim Johor Berhad
- KHIDMAT RUNDINGAN PROFESIONAL | Menyediakan khidmat rundingan dari pakar-pakar yang mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf berlesen dan berpengalaman samada di jabatan kerajaan ataupun swasta. Khidmat ini termasuk dari guaman, perakaunan, keunseling & motivasi, perladangan, hartanah, pendidikan & kemahiran, farmasutikal, nutrisutikal, arkitek & pembinaan, kejuruteraan, akuakultur, ekonomi, ICT, perniagaan dan lain-lain lagi.
- PENDIDIKAN & KEMAHIRAN | Menyediakan & menyiapkan pelbagai peluang memantapkan modal insan agar mantap dalam menempuhi kehidupan yang kian mencabar ia termasuk bantuan teknikal, pembiayaan, sumber manusia, pusat tuisyen, agen pengajian tinggi / pusat kemahiran, pusat maklumat kerjaya,dan sebagainya.
- ECO & AGRO PELANCONGAN | Mengadakan usahasama dengan pusat-pusat pelacongan juga agensi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan, pakej dan servis terbaik. Beberapa pusat pelacongan & agensi telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bukan sahaja memberi tawaran istimewa tapi pihak KKMJB melebarkan skop bidang ini ke ‘homesatay’, mewujudkan taman herba & aqua, aktiviti laut, membina bot, lawatan pelancongan serta umrah ziarah juga haji.
- TEKNOLOGI TINGGI PERTANIAN | Melibatkan diri dalam penyelidikan & pembangunan termasuk produk herba / kosmetik / makanan kesihatan, penambahbaik kelapa sawit, mempelopori taman berpotensi seperti kenaf / stevia / jatrofa / gaharu / rempah ratus dll., mengaplikasi teknologi baru penternakan & perikanan, memberi pendidikan aplikasi peralatan pertanian &b penternakan terkini.
- HARTANAH & LOGISTIK | Membangunkan & mengurus pelbagai projek hartanah khasnya dibidang pertanian & penternakan. Kerjasama dengan agensi kerajaan juga swasta dalam memberi khidmat nasihat yang efektif dalam strategi penggunaan hartanah sediada ( ahli / tanah baru ) yang lebih efektif dan mampan berteraskan sumbangan idea yang bernas ( tumpuan pada projek berskala besar ).
- PRODUK MAKANAN & MINUMAN | Menjalankan penyelidikan & pembangunan produk kesihatan, memasarkan produk koperasi ke agensi kerajaan mahupun swasta, menjalikan kerjasama dengan badan kerajaan seperti MITI, FAMA, MPOB, JAKIM, PPIM, kilang bertaraf GMP, syarikat pengeluar dan sebagainya.
Categories:
2 - Perkhidmatan